Tuesday 29 September 2015

Mange : Jangkitan mites pada kucing

Dah agak lama aku tak menulis entri baru..agak sibuk dengan tugasan harian di klinik. Hanya sempat menjawab pertanyaan2 yang sentiasa ada dari penggemar kucing2 dalam beberapa topik yang pernah aku tulis.

Now, baru2 ni salah seekor kucingku mengalami jangkitan kulit berkeruping di telinganya. Puas dibersihkan dan diubati tapi ianya akan datang semula. Kerupingnya agak tebal dan boleh menyebabkan luka ditelinga jika dibiarkan. Puas meneliti, rupanya ada jangkitan mites atau dipanggil "Mange". So hari ni aku nak berkongsi ilmu tentang jangkitan mange pada kucing. 


APA ITU 'MANGE' PADA KUCING?

Mange agak jarang didiagnose pada kucing tetapi lebih kerap pada anjing, walaupun sebenarnya banyak berlaku. Mange merupakan jangkitan pada kulit yang disebabkan oleh beberapa species mites atau hama yang halus. Sesetengah jenis hama atau mites ini merupakan normal residents pada kulit dan folikel rambut kucing, manakala sesetengahnya kita panggil parasit. Dalam kedua2 keadaan, mites ini akan menyebabkan sedikit sebanyak radangan atau jangkitan pada kulit jika mereka membiak berlebihan.

Penyebab mange pada kulit kucing..

'Feline sarcoptic mange' (Sarcoptes scabei) sangat jarang berlaku. Kadangkala dipanggil scabies, ianya disebabkan oleh hama atau mites kucing yang sangat halus ie mikroskopik, berbentuk oval dan berwarna cerah. 

Notredic manges (Notredes cats) juga dikenali sebagai feline scabies kerana rupanya menyamai  sarcoptic mange pada anjing. Mites ini akan menyebabkan jangkitan yang serius pada kucing, bermula dari muka dan telinga dan boleh merebak ke seluruh kulit kucing.


Notredic mange pada telinga kucing

Mange pada kulit kucing akibat tidak dirawat.

Mange yang tebal pada telinga

Mange 
## Notredic mange ini sangat mudah berjangkit diantara kucing2 yang berada disekitaran yang sama.



Demodectic mange (disebabkan oleh Demodex cati atau Demodex gatoi)  amat jarang dan tidak berjangkit. Mites yang berbentuk seperti cigar atau cerut ini merupakan resident biasa pada kulit dan folikel rambut kucing yang sihat. 


Apakah tanda2 biasa jangkitan mange pada kucing?

Mange akan menyebabkan kucing kita restless, mengalami kegatalan yang teruk dan akan menyebabkan kucing kita menggaru bahagian yang dijangkiti secara berlebihan. Tanda2 ini biasanya bermula dalam tempoh seminggu selepas exposure atau jangkitan. Tipikalnya ia akan menyebabkan tompok2 hair loss atau 'moth-eaten appearance' pada kulit. Bahagian yang kerap dijangkiti ialah telinga dan muka, serta boleh merebak ke seluruh bahangian kulit kucing kita.

Apabila manusia bersentuhan dengan kucing yang menghidapi mange ini, mites ini akan menyebabkan tumbuh ruam atau bintat merah pada kulit, dan ianya akan menyebabkan kita terasa gatal. Kebiasaannya ruam ini akan reda sendiri (self-limiting), kerana mites ini tidak akan dapat meneruskan kitaran hidup seperti biasa pada kulit manusia. 


Apa perlu kita buat?

Langkah paling awal ialah dengan membawa kucing kita ke vet. Biasanya vet akan melakukan skin scraping dan menganalisa dibawah mikroskop untuk menentukan mites, tetapi jika mites ini banyak dibawah kulit mungkin vet akan bergantung pada clinical history. 


Bagaimana mange dirawat?

Langkah pertama ialah mengasingkan kucing kita yang dijangkiti dari kucing2 atau pets lain untuk mengelakkan jangkitan mange ini merebak. Biasanya vet akan memberikan suntikan untuk mematikan mites yang ada didalam kulit, kebiasaannya sebanyak dua kali dalam masa 10 hari. 

Vet juga akan memberikan ubat topikal untuk membantu membunuh mites, kebiasaannya untuk kita apply di  belakang leher kucing bagi mengelakkan kucing kita menjilatnya. Jika jangkitan mange itu teruk dan septic, mungkin akan ada tambahan antibiotik dan  medicated shampoo yang akan diberikan.


Ini antara topikal solution untuk disapu pada kucing yang meghidapi jangkitan mange


Walaupun agak mudah untuk mematikan mites penyebab mange ini, kesan paling awal akan kelihatan dalam tempoh sebulan dari waktu kita memulakan rawatan.


Apakah langkah2 pencegahan untuk mengelakkan jangkitan mange berulang?

# Sekiranya kucing kita disahkan mengalami mange, kita perlu menukar atau membersihkan sepenuhnya tempat tidur, collar, mainan, bekas makanan dan minuman serta bekas pasir kucing kita dll yang biasa kita gunakan untuknya.

# Jika kita rasa mungkin kucing jiran kita menjadi penyebab jangkitan itu, adalah lebih baik kita elakkan kucing kita dari keluar bermain dengan kucing2 lain.

# Rawatan ulangan ke vet amat perlu untuk memastikan kucing kita benar2 telah bebas dari jangkitan mites penyebab mange ini.

# Kita juga perlu memeriksa telinga kucing kita kerana mites boleh juga menyebabkan jangkitan pada telinga ie ear mites.