Friday 7 November 2014

Sporotrichosis pada kucing..

Kerapkali kita dengar atau baca tentang jangkitan sporo pada kucing..apa sebenarnya sporo?

Sporo atau nama penuhnya "Sporotrichosis" adalah jangkitan fungus yang jarang berlaku tetapi boleh menjadi fatal dan boleh terjadi pada manusia, anjing dan kucing. Ianya disebabkan oleh sejenis fungus Sporothrix schenkii yang hidup didalam tanah dan bahan2 buangan organic. Fungus ini berpotensi untuk menyebabkan jangkitan pada kulit, sistem pernafasan, tulang dan kadangkala jangkitan di otak, dan penyakit ini dikenali sebagai Sporotrichosis. Modus transmisi fungus ini ialah melalui inokulasi terus (direct innoculation), iaitu melalui luka abrasi pada kulit atau melalui pernafasan/inhalasi. Transmisi fungus ini boleh berlaku secara antara haiwan dengan haiwan lain dan juga antara haiwan kepada manusia. 


Sporothrix schenkii: dimorphic (mold n yeast) fungus
Kucing lebih kerap mendapat jangkitan sporotrichosis kulit yang teruk, dan ini membuatkan mereka lebih mudah untuk menjangkiti kucing2 lain dan juga manusia. Kucing2 yang dibiarkan outdoor lebih mudah dijangkiti melalui luka akibat pergaduhan samada puncture wound atau scratches.

Jenis2 sporotrichosis dan gejala jangkitan:

# Sporotrichosis pada kulit (cutaneous).

- kerap berlaku di kepala, hidung dan ekor kucing.
- terdapat bengkakan (bumps) atau lesion pada kulit luar, serta kelenjar membengkak.
- lesion biasanya kelihatan seperti luka yang bernanah, ulcerative dan tidak sembuh.
- tidak menunjukkan perubahan dengan rawatan antibiotik
- kerap berlaku dikawasan yang pernah luka.
- terdapat juga bengkakan limfa atau lymphadenopathy.




Jangkitan sporo di hidung dan muka


ulcerative lesion di kaki akibat sporo

Sporo di hidung, peringkat awal


Pada manusia, sporotrichosis lebih kerap terjadi di tangan, muka dan jari2 tangan. Ini kerap berlaku apabila kita bersentuhan dengan kucing yang menghidapi sporotrichosis, samada melalui direct contact dengan lelehan cecair dari lesion di kucing  tersebut atau melalui luka. 


Sporo pada manusia

Sporo dibadan

Jari paling mudah dijangkiti sporo

# Disseminated sporotrichosis (sporotrichosis yang merebak ke seluruh sistem).

- jarang berlaku, terjadi apabila jangkitan awal merebak ke kawasan lain ie sekunder
- tanda2 sistemik seperti keletihan (malaise) dan demam
- Osteoarticular sporotrichosis apabila jangkitan merebak ke tulang dan sendi
- Sporotrichosis meningitis apabila jangkitan merebak ke otak dan sistem saraf
- kucing akan hilang selera makan (anorexia) dan hilang berat badan (cachexia)


# Pulmonary sporotrichosis.

- ini berlaku apabila spora fungus ini masuk ke dalam paru2 secara inhalasi
- kucing akan menunjukkan tanda2 pneumonia ie radang paru2


Bagaimana sporotrichosis di diagnos?

Diagnosis untuk sporotrichosis pada kucing boleh dilakukan dengan mudah. Ini kerana sejumlah besar fungus sporo ini berada didalam bendalir atau cecair pada lesion kulit, dan ianya boleh dilihat dibawah mikroskop. 


Adakah sporo boleh dirawat?

Sporotrichosis boleh dirawat jika cepat dikenalpasti. Antara rawatan yang biasanya digunakan ialah antifungus Itraconazole (Sporanox) pada dose 10mg/kg/day. Jangkawaktu rawatan biasanya agak panjang selama 3-4 minggu. Satu lagi antifungus yang boleh diguna ialah Terbinafine (Lamisil). 

Oleh kerana Sporothrix schenkii ialah sejenis fungus, rawatan menggunakan antibiotik tidak akan berkesan, dan perlu dielakkan memberi steroid kepada kucing yang dijangkiti.


## Sporotrichosis merupakan zoonotic infection, dan manusia boleh dijangkiti apabila bersentuhan dengan kucing yang menghidapi penyakit ini. Perlu dititikberatkan aspek kebersihan ketika membersihkan luka pada kucing yang kita rasa mungkin diakibatkan oleh sporo, seperti dengan memakai sarung tangan dan mengelakkan sentuhan secara direct contact.