Wednesday 27 August 2014

Feline AIDS @ Feline Immunodeficiency Virus (FIV)

Ramai yang bertanya tentang penyakit "HIV" pada kucing. Sebenarnya pada kucing kita panggil Feline Immunodeficiency Virus @ FIV...bezanya dengan HIV hanyalah pada fakta dimana virus HIV pada manusia tidak boleh menjangkiti kucing, dan vice versa. 

Okay, apa itu FIV atau Feline AIDS? Jangkitan FIV ialah satu jangkitan yang diakibatkan oleh retrovirus kompleks, yang menyebabkan penyakit kekurangan ketahanan badan atau immunodeficiency pada kucing2 domestik. Immunodeficiency bermaksud kegagalan badan untuk menghasilkan ketahanan atau sistem imun bagi melawan gejala penyakit yang biasa. Berasal dari kumpulan virus yang sekelas dengan virus FeLV (Feline Leukemia Virus) dan HIV bagi manusia, FIV boleh tinggal dorman (inaktif) didalam badan untuk beberapa waktu sebelum tanda2 Feline AIDS timbul pada kucing yang dijangkiti, dan pakar2 virus menamakan FIV sebagai lentivirus ('slow virus'). 



# Kekerapan jangkitan FIV?

Jangkitan FIV agak kerap berlaku dikalangan kucing2 domestik di seluruh dunia. Dianggarkan 1.5 - 3% dari keseluruhan kucing2 yang sihat dijangkiti FIV. Tidak banyak diketahui kaitan FIV dengan baka kucing, tetapi ianya lebih kerap menyerang kucing2 jantan berbanding betina. Ini kerana kucing2 jantan lebih gemar merayau dan terdedah pada kecederaan, yang merupakan salah satu cara penyakit ini disebarkan antara kucing. Average umur kucing pada waktu didiagnosis dgn FIV ialah 5 tahun, kurang berlaku pada kucing2 indoor berbanding outdoor. 


1.5-3% kucing2 yang sihat dijangkiti FIV

# Bagaimana FIV tersebar?

Cara penyebaran FIV yang paling utama ialah melalui luka gigtan atau cakar antara kucing2 sewaktu bergaduh. Sebab itu kucing2 indoor yang jarang bergaduh kurang risiko untuk dijangkiti FIV. Cara lain yang boleh tetapi kurang berlaku ialah melalui transmisi semasa kelahiran dari ibu ke anak, atau melalui susuan ibu yang susunya dikontaminasi oleh FIV. Transmisi sexual amat2 jarang menjadi cara penyebaran jangkitan FIV.




# Apa kesan FIV pada kucing?

Kucing2 yang dijangkiti FIV mungkin kelihatan normal pada peringkat awalnya untuk beberapa tahun. Lama kelamaan, jangkitan FIV ini akan menyebabkan keadaan dimana ketahanan diri kucing berkurangan (immunodeficient) dan ini mengakibatkan kucing yang dijangkiti gagal melawan penyakit2 yang disebabkan oleh bakteria atau virus atau fungus atau parasit dan protozoa yang biasanya tidak akan mendatangkan kesan buruk pada kucing2 yang normal. Infeksi atau jangkitan sekunder (secondary infection) ini biasanya akan mendatangkan kesan yang memudaratkan kucing2 dengan FIV.


# Apakah tanda2 penyakit yang disebabkan oleh FIV?

Pada peringkat awal jangkitan FIV, virus ini akan dibawa ke nodus limfa atau kelenjar yang berdekatan dimana ianya akan membiak didalam sel darah putih yang dipanggil limfosit T. Virus ini kemudiannya akan merebak ke seluruh nodus limfa dalam badan kucing yang biasanya akan menyebabkan kelenjar tersebut membengkak sementara berserta dengan demam. Pada peringkat ini jangkitan biasanya tidak begitu disedari oleh kita kecuali jika kelenjar itu membengkak besar dan amat ketara. 

Kesihatan kucing yang dijangkiti akan menurun secara progresif atau ditunjukkan dengan penyakit tertentu yang berulang2 dan kadang2 akan kelihatan sihat diantaranya. Seperti yang dinyatakan lebih awal, tanda2 kucing dijangkiti oleh FIV mungkin tidak kelihatan selama beberapa tahun dan apabila ia sudah menunjukkan simptom, tanda2 kekurangan sistem imun boleh kelihatan dimana2 bahagian tubuh kucing dijangkiti.

     - Keadaan bulu @ coat yang tidak sihat dan demam yang berterusan serta kurang selera makan merupakan antara tanda yang paling kerap dilihat.





        - Inflamasi pada gusi (gingivitis) atau mulut (stomatitis) dapat dilihat dalam 25-50% kucing yang dijangkiti.

Stomatitis
Gingivitis

             - Diarrhoea @ cirit birit yang berpanjangan.

         - Penyakit2 yang minor tetapi berulang2 seperti jangkitan saluran pernafasan  atas (selsema @ URTI), inflamasi pada mata seperti cornea mata dan juga sering berkaitan dengan jangkitan sekunder seperti herpesvirus dan calicivirus.

Kucing dengan jangkitan pernafasan ie URTI

Ulcer pada cornea mata

Jangkitan Herpes pada mata

        - Penurunan berat badan yang perlahan tetapi progressive, dan akhirnya 'wasted' atau kurus melampau.

          - Kelenjar yang membengkak.

          - Kegagalan renal atau buah pinggang yang kronik.

        - Infeksi yang berterusan atau kronik dan tidak menunjukkan tindakbalas dengan ubat yang diberi pada telinga luar yang diakibatkan oleh fungus dan bakteria.

          - Kanser seperti lymphoma dan beberapa jenis penyakit berkaitan darah.

      - Perubahan akibat penyakit sistem saraf @ nervous system, seperti perubahan tingkahlaku (aggression, pacing), gangguan tidur (sleep disorder), pekak atau kurang pendengaran serta penglihatan, dan selalunya melibatkan sistem saraf pada kaki dan tapak tangan.


# Bagaimana diagnosis FIV dibuat?

Ujian antibodi yang positif didalam darah kucing mengesahkan jangkitan FIV. Kebanyakan klinik veterinar melakukan ujian dengan menggunakan kit yang mudah. Dan untuk mengelakkan berlakunya keadaan "false positive" ujian saringan dengan mengambil sampel darah akan dilakukan dan sekiranya ujian ini juga positif, ia mengesahkan diagnosis tersebut.

Bagi anak kucing yang dilahirkan oleh ibu kucing yang dijangkiti FIV, kebanyakkannya akan menunjukkan ujian positif selama beberapa bulan selepas kelahiran. Walaubagaimanapun, kebiasaanya hanya sedikit yang akan kekal dijangkiti oleh FIV. Bagi mengesahkan status jangkitan pada anak kucing tersebut, sekiranya anak kucing itu berumur dibawah 6 bulan dan positif ujian saringan FIV, adalah digalakkan untuk mengulangi ujian tersebut setiap 60 hari sehingga berumur lebih 6 bulan.

Ujian antibodi yang negatif bermakna kucing itu tidak dijangkiti FIV. Walaubagaimanapun jangkawaktu selama 8 - 12 minggu atau lebih lagi diambil untuk paras antibodi yang boleh dikesan akan kelihatan dalam darah, dan jika ujian dilakukan dalam tempoh tersebut ianya mungkin akan bersifat "false negative". Jika sekiranya kucing kita diketahui terdedah kepada kucing yang diketahui positif FIV terutamanya dan terdapat kecederaan dari cakaran dan gigitan, kita dinasihatkan untuk mengulangi ujian tersebut selepas tempoh 60 hari dari ujian pertama, bagi memastikan kucing kita benar2 bebas dari jangkitan. 

Ada juga keadaan dimana ujian darah menunjukkan keputusan negatif tetapi kucing itu menghidapi FIV. Ini berlaku pada kucing yang keadaannya kritikal dan badannya tidak lagi boleh menghasilkan apa2 antibodi.

# Bagaimana untuk mengelakkan kucing kita dari dijangkiti?

Cara yang paling mudah ialah dengan mengasingkan kucing kita dari kucing2 outdoor yang mungkin dijangkiti FIV, kerana transmisi paling mudah ialah melalui gigitan dan cakaran oleh kucing yang menghidapi FIV. 

Selain dari itu terdapat vaksin terhadap FIV yang boleh membantu mengurangkan risiko kucing2 kita mendapat jangkitan FIV, tetapi kebanyakkan vet tidak begitu menggalakkan penggunaan vaksin ini, kerana terdapat kes yang positif FIV selepas divaksin. Jadi cara paling berkesan dan mudah ialah dengan memastikan kucing kita tidak berkeliaran diluar rumah dan bergaul dengan kucing2 liar.

# Bagaimana cara menjaga kucing kita yang positif FIV?


< Kucing yang positif FIV perlu dikuarantin untuk mengelak penyebaran virus ini pada kucing2 lain.

< Kucing perlu di"spay" atau "neuter".

< Perlu diberikan makanan yang berkhasiat dan seimbang.

< Makanan yang tidak dimasak seperti daging mentah atau ikan mentah, serta bahan tenusu yang tidak dipasteurkan tidak boleh diberikan kepada kucing yang positif FIV. Ini bagi mengurangkan risiko mereka dijangkiti kuman bawaan makanan (food-borne bacteria) ataupun jangkitan parasit.

< Perlu membuat lawatan berskala seperti sekurang2nya setiap 6 bulan ke klinik veterinar. Ini bagi memantau keadaan kesihatan kucing dan komplikasi yang dihadapinya.


# Bolehkah manusia dijangkiti oleh FIV?

FIV lentivirus tidak boleh menjangkiti manusia walaupun ianya dari kumpulan yang sama dengan HIV yang menyebabkan AIDS.


#Bagaimana mencuci rumah sekiranya kita memiliki kucing yang positif FIV?

FIV tidak mampu bertahan diluar dari tubuh kucing selepas beberapa jam. Tetapi kucing yang dijangkiti FIV juga mungkin membawa bersama bakteria, parasit, fungus dan virus lain yang boleh tersebar pada kucing2 kita. Jadi segala peralatan untuk makan minum dan tempat bermain kucing perlu dicuci sebersihnya, dan cara paling mudah untuk menghasilkan disinfektan yang berkesan ialah dengan mencampurkan 4 oz cecair peluntur ke dalam 1 gallon air bersih. 


That's all for now...