Friday 19 July 2013

Kenangan...Simba, Smokey, Lala dan Lulu...

Lulu..entah apa yang diangankannya hehe

Simba..satu2nya jantan..anak si Lala

Simba yang pandai buat2 pengsan bila tak dibawa berjalan


Ada saja telatah Lulu ni..

Macam2 gaya..

Lulu..taking over Lala's place jaga baby

Kucing jalanan..Smokey..manja walaupun garang













Simba, Smokey, Lala dan Lulu antara yang pernah singgah bermanja dan berkongsi kehidupan kami sekeluarga..seronok melayan kerenah mereka semua ni, penghibur kami sekeluarga. Kebanyakkannya tidak menyusahkan..pandai menjaga diri, toilet trained..
Bulan2 terakhir October 2012 kami sekeluarga agak sibuk untuk berpindah rumah..dalam kesibukan tu seekor demi seekor kucing kami diambil jiran..sedihnya..puas dicari tapi tak jumpa kecuali Simba. Simba kami tinggalkan dirumah lama kerana dia juga manja dengan jiran didepan rumah kami, tak sampai hati rasanya nak bawa Simba sekali bila terlihat dia bermanja dengan anak2 jiran tu..dan terbaru sewaktu berjalan2 di pasar Ramadhan kami terserempak dgn kakak tersebut..katanya Simba masih ada bersama dia ...alhamdulillah..tapi nasib Lala, Lulu dan Smokey tidak kami ketahui. Smokey aku tak risau sangat kerana dia memang pandai berdikari diluar..tapi tidak bagi Lala dan Lulu..jika diambil oleh keluarga lain aku cuma berharap mereka menjaga kucing2 tu dengan baik atau lebih baik dari aku..

No comments:

Post a Comment