Monday 22 July 2013

15 makanan yang perlu dijauhkan dari kucing2...

Hari ni aku rasa mengantuk sangat..takkan nak tidur di bulan Ramadhan ni..jadi aku pun mula membaca...
Malas la nak baca tentang medical, even though banyak updates yang perlu aku baca sesuai dgn kerjaku as a medical doctor..kali ni aku bertukar topik...reading veterinars page!
First topic yang menarik perhatian aku ialah:

15 FOODS YOUR CAT SHOULD STAY AWAY FROM!

1. TUNA


  Kucing boleh jadi addicted pada tuna, yang disediakan untuk samada kucing atau manusia. Jika diberikan sesekali tidak menjadi masalah, tetapi tuna yang disediakan untuk manusia if routinely given pada kucing akan mendatangkan malnutrisi atau kekurangan zat makanan. Jika terlalu berlebihan tuna akan menyebabkan keadaan yang lebih kritikal ie keracunan mercury @ raksa.


2. ONIONS, GARLIC N CHIVES (KUCHAI).



Bawang..dalam segala bentuk samada mentah, kering, serbuk atau dimasak boleh menyebabkan sel2 darah kucing memecah dan menyebabkan kekurangan darah merah ie anaemia. Jika termakan dalam jumlah yg kecil sesekali mungkin tidak begitu merbahaya tetapi jika kerap dimakan walaupun pada jumlah yg sedikit boleh menyebabkan keracunan.
Selain dari itu, bawang putih dan chives atau kuchai jika dimakan oleh kucing boleh menyebabkan gastrointestinal upset atau keracunan makanan.


3. SUSU DAN DAIRY PRODUCT.


Kucing dan susu? Sepatutnya tak boleh dipisahkan ..kan? Macam yang selalu keluar dalam kartun Tom n Jerry...berebut susu dan keju. In actual facts, untuk kittens susu kurang merbahaya tetapi bagi kucing dewasa sistem penghadaman mereka kebanyakkannya tidak boleh menghadamkan susu dan dairy product, yang akan menyebabkan milk intolerance, bowel upset dan diarrhoea.


4. ANGGUR DAN KISMIS.



Surprisingly, for unknown reason grapes n raisin boleh menyebabkan kegagalan buah pinggang pada kucing, terutama jika diberikan berterusan atau pada jumlah yang banyak. Pada jumlah yang kecil ianya juga boleh menyebabkan kucing kita jatuh sakit. 'Hyperactivity' dan muntah yang berulangkali adalah tanda2 awal. Lebih baik kita jauhkan kucing2 kita dari memakan grapes atau raisin.


5. CAFFEINE.


Caffeine dalam jumlah yang banyak boleh menyebabkan kematian pada kucing, dan tiada antidote untuk caffeine poisoning. Tanda2 keracunan caffeine ialah kucing gelisah @ restlessness, degupan jantung yang laju @ palpitation, ketar @ tremors, sawan @ fits. Selain dari kopi dan teh, caffeine banyak ditemui dalam chocolate, cola, koko dan minuman perangsang tenaga seperti Red Bull dan Livita. Ianya juga didapati dalam painkiller dan ubat selsema manusia, so jangan berikan sebarang ubat2an manusia kepada kucing2.


6. COKLAT.


Coklat boleh mendatangkan bahaya yang serius pada kucing,  dan kebanyakkan kucing tidak mencuri2 memakan coklat tetapi selalunya diberikan oleh tuan sebagai 'a treat'. Bahan toxic didalam coklat ialah theobromine, dan ianya ada didalam semua jenis coklat termasuk white chocolate. Yang paling merbahaya kepada kucing ialah 'dark chocolate' dan 'unsweetened cooking chocolate'. Symptoms yang berlaku apabila kucing kita memakan coklat ialah degupan jantung yang abnormal, tremors @ ketar, sawan dan kematian.


7. CANDY N GUM @ GULA GETAH.


Candy, gum, ubat gigi, baked goods dan sebahagian makanan dimaniskan dengan 'xylitol', yang boleh menyebabkan peningkatan insulin dalam badan apabila dimakan oleh kucing, dan sama seperti manusia ianya menyebabkan kadar gula dalam darah kucing akan turun mendadak ie hypoglycaemia. 'Xylitol' juga boleh menyebabkan kegagalan fungsi hati kucing. Antara tanda2 awal apabila kucing memakan makanan yang mengandungi xylitol ini ialah muntah, hilang koordinasi dan keletihan. Sawan boleh terjadi sebaik saja mereka memakan 'xylitol' manakala kegagalan fungsi hati boleh berlaku dalam masa beberapa hari.


8. LEBIHAN LEMAK DAN TULANG.


Sisa makanan selalunya mengandungi lebihan lemak dari daging dan tulang. Lemak, dimasak atau tidak boleh menyebabkan gangguan penghadaman pada usus kucing dan mengakibatkan cirit birit dan muntah. Malahan kucing juga boleh tercekik oleh tulang, dan serpihan tulang2 kecil boleh melukakan usus kucing2..be careful guys!


9. TELUR MENTAH.


Ada dua masalah yang bakal timbul jika kucing2 kita makan telur mentah. Masalah pertama ialah ianya terdedah kepada jangkitan bakteria Salmonella atau E.Coli, yang boleh menyebabkan tanda2 keracunan makanan yang teruk. Keduanya, protin didalam telur putih mentah dipanggil avidin akan menghalang penyerapan vitamin B, dan kekurangan vitamin B boleh menyebabkan masalah kulit dan bulu yang tidak tebal dan gugur.


10. DAGING DAN IKAN MENTAH.


Daging dan ikan mentah, seperti juga telur mentah, mungkin mengandungi bakteria yang boleh menyebabkan keracunan makanan. Tambahan pula enzyme dalam ikan mentah boleh memusnahkan Thiamine, sejenis vit B yang sangat penting untuk kucing. Kekurangan thiamine boleh menjejaskan sistem saraf kucing dan boleh mengakibatkan 'convulsion' atau sawan dan juga koma.


11. HATI @ LIVER.


Jika kita memberi sedikit hati untuk dirasa oleh kucing kita ianya mungkin tidak memudaratkan tetapi jika berlebihan boleh menyebabkan keracunan Vitamin A. Vitamin A intoxicity adalah satu keadaan yang sangat serius yang memberi kesan ketara kepada tulang kucing. Antara tandanya ialah tulang reput @ osteoporosis, tulang bengkok @ deformed, lebihan tulang tumbuh di siku dan tulang belakang kucing, dan ianya juga boleh menyebabkan maut.


12. 'TOO MANY TREATS'.


Sama seperti manusia, jika diberi berlebihan boleh menyebabkan masalah kegemukan dan obesity pada kucing.


13. UBAT-UBATAN MANUSIA.


Pengambilan ubat untuk manusia merupakan satu penyebab keracunan paling utama pada kucing. Jangan sesekali memberi ubat2 OTC (over the counter) tanpa arahan dari Veterinar. Bahan2 seperti acetaminophen ( yg didalam paracetamol @ panadol) dan ibuprofen (painkiller/ubat demam utk kanak2) boleh menyebabkan kematian kepada kucing. 


14. ALKOHOL.


Sebarang jenis alkohol seperti whiski, beer, wine atau apa2 makanan yang mengandungi alkohol amat memudaratkan kucing, sama seperti kerosakan yang terjadi pada hati dan otak manusia. Bagi kucing sesudu wine sudah cukup untuk membunuh kucing kesayangan kita.


15. MAKANAN ANJING.


Menggantikan makanan kucing dgn makanan anjing adalah tidak digalakkan kerana biarpun kebanyakan bahan2nya hampir sama tetapi makanan kucing mengandungi lebih protin dan fatty acid yang penting untuk tumbesaran kucing. Tindakan ini akan menyebabkan kucing kita mengalami malnutrisi ie kekurangan zat makanan.


*** Kucing adalah haiwan pemangsa @ Carnivorous...mereka memerlukan daging. So sesekali kita berikan mereka daging rebus tanpa tulang dan lemak digaulkan dengan nasi tak salah....











                                                                                                               























No comments:

Post a Comment